Showing posts with label Persiapan Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Perkahwinan. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Maksud Tersirat Di Sebalik Sirih Junjung


Maksud Tersirat Di Sebalik Sirih Junjung Adat masyarakat Melayu, sirih junjung adalah perkara wajib dibawa ketika proses merisik dan meminang. Ia diibaratkan sebagai `penghulu’ kepada segala hantaran.

Zaman dulu, sirih junjung disediakan oleh pihak lelaki dan tepak sirih dilengkapi gambir, pinang dan kapur pula pihak perempuan. Fungsinya sebagai `pembasah mulut’ ataupun sebagai pembuka bicara.
Makna tersirat:
- Sirih : Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.
- Kapur : Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi dalam keadaan tertentu yang memaksa ia akan berubah lebih agresif dan marah.
- Gambir : Sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
- Pinang : Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.
- Tembakau : Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.
Zaman dulu, pihak keluarga penerima akan mengagihkan kepada saudara-mara helaian daun sirih daripada sirih junjung apabila selesai majlis. Lazimnya, sirih diberi kepada anak gadis untuk diambil berkatnya supaya segera bertemu jodoh.
Untuk menghasilkan sirih junjung, daun sirih yang segar dan tidak rosak rupa fizikalnya dipilih. Saiz yang dipilih juga pelbagai.

Tips Pilih Warna Baju Pengantin


Tips Pilih Warna Baju PengantinTerdapat beberapa tips disebalik warna yang dapat menjadikan anda kelihatan lebih anggun mempersona di majlis perkahwinan anda nanti.

  • Kaji warna di mata anda.. Anda hanya perlu berdiri dibawah sinaran lampu (berdiri dibawah cahaya matahari adalah lebih baik) dan perhatikan warna mata anda. Kebanyakkan individu mempunyai lebih daripada satu warna di mata. Kenalpasti warna dominant pada mata anda.. Warna itu adalah warna yang paling sesuai untuk dipadankan dengan pakaian anda dan warna itu paling hampir dengan warna kulit anda.. Bila anda memakai “colors in your eyes” si dia akan terpukau.. they are also mesmerized by your presence.. Dengan memakai warna tersebut anda akan berasa lebih bersemangat dan bertenaga serta mampu membuat orang disekeliling anda mempercayai anda.
  • Hati-hati dengan warna putih..pastikan anda tahu bagaimana untuk mengayakan pakaian yang berwarna putih.. Putih adalah warna yang sangat popular untuk t-shirt dan kemeja tapi anda perlu berfikir dua kali sebelum anda mengayakannya.. Sesetengah individu kelihatan menarik bila mengenakan pakaian berwarna putih.. Apa yang anda perlu pastikan ialah warna gigi dan mata anda.. Jika mata dan gigi anda tidak seputih pakaian anda, ini akan membuatkan gigi dan mata anda kelihatan kuning..Untuk berada dalam keadaan selamat, anda hanya perlu memakai pakaian yang berwarna “oof-white”. Bagi anda yang mempunyai kulit yang pucat, “off-white” amat sesuai dengan anda.
  • Warna merah membuat anda kelihatan seperti ingin menjerit kemarahan tapi dari sudut lain menampakkan warna ghairah.. Sesetengah individu akan terserlah jika mengenakan warna ini jika mereka mempunyai kulit yang gelap dan rambut yang berwarna gelap.. Warna ini sangat terang untuk digayakan dan sekaligus dapat menampakan ketidaksempurnaan yang ada pada anda. Untuk kepastian letakkan pakaian berhampiran muka anda dan bandingan. Kurangkan warna merah dan pilih mana yang terbaik. Wearing a bright red blouse could make the difference of ten years on your face.
  • Dengar apa orang sekeliling komen. Cuba ingat kembali warna apa yang anda pakai ketika seseorang memuji anda. Sebenarnya mereka memuji bukan kerana baju tetapi kerana warna yang anda pakai itu amat sesuai dengan kulit anda. Apabila warna sesuai dengan warna kulit, anda akan lebih menyerlah.
  • Warna merah, pink adalah warna yang membangkit semangat ghairah anda. Warna coklat, kelabu dan putih membuatkan anda kelihatan sejiwa. Warna hijau dan biru membuatkan anda kelihatan tenang dan tidak terancam. Warna kuning dan jingga membuatan anda nampak ceria dan terang. ahli astrologi mengatakan bahawa warna perang (gold) mampu membuatkan anda kelihatan tenang, nampak semulajadi dan bertenaga. Warna perak (silver) mampu membuatkan anda kelihatan menarik jika dipakai masa malam jika mempunyai outside events.

Warna Baju Pengantin


Warna Baju Pengantin | Warna baju pengantin memainkan peranan penting supaya dapat membangkitkan suasana dan bersesuaian dengan pengantin. Kalau boleh pengantin hendaklah membuat persediaan awal dan rancang hendak pilih baju warna supaya tidak kelam kabut dikemudian hari. Terdapat pelbagai faktor yang perlu dititikberatkan.

“Keajaiban warna ini telah dikaji oleh ahli fizik, ahli psikologi dan juga ahli psikik..”
Ahli fizik mengatakan warna adalah “Getaran..”.
Ahli psikologi mengatakan warna merupakan satu bentuk “Terapi” .
Ahli psikik mengatakan warna dikaitkan dengan “Tenaga”.
Untuk artikel penuh Tips Pilih Warna Baju Pengantin boleh klik DI SINI .

Thursday, February 13, 2014

Gaun Pengantin Muslimah Moden


Gaun Pengantin Muslimah Moden | Terdapat pelbagai pilihan dan fesyen terkini untuk gaun pengantin. Terpulang kepada para pengantin hendak memilihnya samada dari segi potongan, warna, aksesori dan sebagainya. 

Potongan baju memainkan peranan penting dalam pemi­lihan busana pengantin terutama bagi pengantin Muslimah bertudung.

Tidak kiralah baju digunakan berasaskan potongan gaun labuh, jubah atau kurung moden, gaya pengantin pasti lebih terserlah sekira­nya dipadankan dengan bentuk badan sebaik mungkin.

Sama ada pengantin berbadan kurus ataupun berisi, pakaian digayakan boleh memberikan ilusi diingini dalam sekelip mata. Untuk potongan gaun labuh ia boleh disesuaikan dengan padanan kain bertingkat ataupun kembang berlisu agar kelihatan lebih beralun apabila berjalan.

Baju pengantin dengan potongan lurus pula mampu membuatkan pemakainya lebih langsing. Selain itu, pilihan baju pengantin juga perlu dise­suaikan dengan konsep gaya tudung. Jika tudung sudah terlalu sarat, pengantin tidak digalakkan memilih baju yang juga sarat dengan sulaman aksesori kerana ia akan membuatkan gaya kelihatan berserabut.

Penting untuk menye­imbangkan kedua-dua pilihan agar fesyen digayakan tidak keterlaluan. Di samping itu, perincian digunakan juga banyak membantu kebiasaannya aksesori tambahan seperti manik, labuci, kristal, mutiara serta bunga tampal.

Bukan saja mudah diperoleh malah ia memberikan kelebihan untuk menghasil­kan gaya unik pada baju. Bagi pengantin Muslimah, bahagian lengan, bahu, te­ngah badan, dada serta hujung kain menjadi titik tumpu aksesori perhiasan.

Tambahan penggunaan renda dan kain jaring menjadikan baju pengantin lebih menyerlah dengan kombinasi layah serta kain leret belakang. Penggunaan kain sifon banyak mempengaruhi penghasilan baju pengantin disebabkan kainnya yang lembut dan jatuh terletak apabila digayakan.

Malah, ia boleh disuai padan dengan pelbagai aksesori perhiasan tambahan bagi menonjolkan potongan baju.

Walaupun faktor penjagaannya agak remeh memandangkan tekstur kainnya yang sensitif, memang puas memakai kain sebegini.

Apa sekalipun, tidak salah jika sesekali mahu mencuba sesuatu yang berlainan namun biarlah berpada agar tidak kelihatan pelik apabila dipandang.








Wednesday, February 5, 2014

Fesyen Baju Pengantin 2014

 

Fesyen Baju Pengantin 2014 | Terdapat pelbagai pilihan samada dari segi warna fesyen untuk baju pengantin. Samada bertemakan tradisional atan moden. Yang penting baju pengantin tersebut hendaklah bersesuaian dengan konsep dan selesa dipakai oleh pengantin. 

Terdapat beberapa Tips Memilih Baju Pengantin yang akan admin kongsikan pada artikel akan datang. 

Untuk trend sekarang mengikutr surver dari laman sesawang wanista.com seperti berikut;
“Pada masa kini, pengantin wanita pula lebih berani tampil dengan gaya lebih kontemporari dan unik contohnya menggayakan busana perkahwinan pelbagai warna dan stail lebih santai. 
Terkini, pereka fesyen telah mula mengenengahkan fesyen jumpsuit atau onesie sebagai busana perkahwinan moden yang kini amat digemari oleh para pelakon gred A di Hollywood.”

Contoh baju pengantin. [ Sumber Gambar : Google ]





Tuesday, February 4, 2014

Contoh Hantaran Dari Pihak Perempuan Kepada Pihak Lelaki


Contoh Hantaran Dari Pihak Perempuan Kepada Pihak LelakiAnda mesti terfikir apa barang hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak Wangi? Kek? Beg Tangan? Disini diberikan contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.  

  • Sirih Junjung
  • Kemeja/Seluar
  • Beg duit/Tali Pinggang
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Jam Tangan
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • Kek/Kek Cawan
  • Coklat
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

  • Untuk Contoh Hantaran Dari Pihak Lelaki Kepada Pihak Perempuan akan dikongsikan artikel akan datang.