Showing posts with label Panduan Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Panduan Perkahwinan. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Tips Pilih Warna Baju Pengantin


Tips Pilih Warna Baju PengantinTerdapat beberapa tips disebalik warna yang dapat menjadikan anda kelihatan lebih anggun mempersona di majlis perkahwinan anda nanti.

  • Kaji warna di mata anda.. Anda hanya perlu berdiri dibawah sinaran lampu (berdiri dibawah cahaya matahari adalah lebih baik) dan perhatikan warna mata anda. Kebanyakkan individu mempunyai lebih daripada satu warna di mata. Kenalpasti warna dominant pada mata anda.. Warna itu adalah warna yang paling sesuai untuk dipadankan dengan pakaian anda dan warna itu paling hampir dengan warna kulit anda.. Bila anda memakai “colors in your eyes” si dia akan terpukau.. they are also mesmerized by your presence.. Dengan memakai warna tersebut anda akan berasa lebih bersemangat dan bertenaga serta mampu membuat orang disekeliling anda mempercayai anda.
  • Hati-hati dengan warna putih..pastikan anda tahu bagaimana untuk mengayakan pakaian yang berwarna putih.. Putih adalah warna yang sangat popular untuk t-shirt dan kemeja tapi anda perlu berfikir dua kali sebelum anda mengayakannya.. Sesetengah individu kelihatan menarik bila mengenakan pakaian berwarna putih.. Apa yang anda perlu pastikan ialah warna gigi dan mata anda.. Jika mata dan gigi anda tidak seputih pakaian anda, ini akan membuatkan gigi dan mata anda kelihatan kuning..Untuk berada dalam keadaan selamat, anda hanya perlu memakai pakaian yang berwarna “oof-white”. Bagi anda yang mempunyai kulit yang pucat, “off-white” amat sesuai dengan anda.
  • Warna merah membuat anda kelihatan seperti ingin menjerit kemarahan tapi dari sudut lain menampakkan warna ghairah.. Sesetengah individu akan terserlah jika mengenakan warna ini jika mereka mempunyai kulit yang gelap dan rambut yang berwarna gelap.. Warna ini sangat terang untuk digayakan dan sekaligus dapat menampakan ketidaksempurnaan yang ada pada anda. Untuk kepastian letakkan pakaian berhampiran muka anda dan bandingan. Kurangkan warna merah dan pilih mana yang terbaik. Wearing a bright red blouse could make the difference of ten years on your face.
  • Dengar apa orang sekeliling komen. Cuba ingat kembali warna apa yang anda pakai ketika seseorang memuji anda. Sebenarnya mereka memuji bukan kerana baju tetapi kerana warna yang anda pakai itu amat sesuai dengan kulit anda. Apabila warna sesuai dengan warna kulit, anda akan lebih menyerlah.
  • Warna merah, pink adalah warna yang membangkit semangat ghairah anda. Warna coklat, kelabu dan putih membuatkan anda kelihatan sejiwa. Warna hijau dan biru membuatkan anda kelihatan tenang dan tidak terancam. Warna kuning dan jingga membuatan anda nampak ceria dan terang. ahli astrologi mengatakan bahawa warna perang (gold) mampu membuatkan anda kelihatan tenang, nampak semulajadi dan bertenaga. Warna perak (silver) mampu membuatkan anda kelihatan menarik jika dipakai masa malam jika mempunyai outside events.

Warna Baju Pengantin


Warna Baju Pengantin | Warna baju pengantin memainkan peranan penting supaya dapat membangkitkan suasana dan bersesuaian dengan pengantin. Kalau boleh pengantin hendaklah membuat persediaan awal dan rancang hendak pilih baju warna supaya tidak kelam kabut dikemudian hari. Terdapat pelbagai faktor yang perlu dititikberatkan.

“Keajaiban warna ini telah dikaji oleh ahli fizik, ahli psikologi dan juga ahli psikik..”
Ahli fizik mengatakan warna adalah “Getaran..”.
Ahli psikologi mengatakan warna merupakan satu bentuk “Terapi” .
Ahli psikik mengatakan warna dikaitkan dengan “Tenaga”.
Untuk artikel penuh Tips Pilih Warna Baju Pengantin boleh klik DI SINI .

Sunday, January 26, 2014

Adat Merisik. Penting Ke?


Adat Merisik 

Adat Merisik. Penting Ke? | Itu persoalannya. Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Biasanya calon dipilih bedasarkan keturunan, pendidikan ugama, kecantikan, dan hubungan kekeluargaan. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagi pihak lelaki, ibu bapa mungkin menyenaraikan beberapa calon untuk dipilih, dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya. Bagaimanapun, kini sebilangan orang Melayu khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka.

Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."

Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca al-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu.

Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.