Gaun Pengantin Muslimah Moden | Terdapat pelbagai pilihan dan fesyen terkini untuk gaun pengantin. Terpulang kepada para pengantin hendak memilihnya samada dari segi potongan, warna, aksesori dan sebagainya.
Potongan baju memainkan peranan penting dalam pemilihan busana pengantin terutama bagi pengantin Muslimah bertudung.
Tidak kiralah baju digunakan berasaskan potongan gaun labuh, jubah atau kurung moden, gaya pengantin pasti lebih terserlah sekiranya dipadankan dengan bentuk badan sebaik mungkin.
Sama ada pengantin berbadan kurus ataupun berisi, pakaian digayakan boleh memberikan ilusi diingini dalam sekelip mata. Untuk potongan gaun labuh ia boleh disesuaikan dengan padanan kain bertingkat ataupun kembang berlisu agar kelihatan lebih beralun apabila berjalan.

Baju pengantin dengan potongan lurus pula mampu membuatkan pemakainya lebih langsing. Selain itu, pilihan baju pengantin juga perlu disesuaikan dengan konsep gaya tudung. Jika tudung sudah terlalu sarat, pengantin tidak digalakkan memilih baju yang juga sarat dengan sulaman aksesori kerana ia akan membuatkan gaya kelihatan berserabut.
Penting untuk menyeimbangkan kedua-dua pilihan agar fesyen digayakan tidak keterlaluan. Di samping itu, perincian digunakan juga banyak membantu kebiasaannya aksesori tambahan seperti manik, labuci, kristal, mutiara serta bunga tampal.
Bukan saja mudah diperoleh malah ia memberikan kelebihan untuk menghasilkan gaya unik pada baju. Bagi pengantin Muslimah, bahagian lengan, bahu, tengah badan, dada serta hujung kain menjadi titik tumpu aksesori perhiasan.
Tambahan penggunaan renda dan kain jaring menjadikan baju pengantin lebih menyerlah dengan kombinasi layah serta kain leret belakang. Penggunaan kain sifon banyak mempengaruhi penghasilan baju pengantin disebabkan kainnya yang lembut dan jatuh terletak apabila digayakan.
Malah, ia boleh disuai padan dengan pelbagai aksesori perhiasan tambahan bagi menonjolkan potongan baju.
Walaupun faktor penjagaannya agak remeh memandangkan tekstur kainnya yang sensitif, memang puas memakai kain sebegini.
Apa sekalipun, tidak salah jika sesekali mahu mencuba sesuatu yang berlainan namun biarlah berpada agar tidak kelihatan pelik apabila dipandang.

0 comments:
Post a Comment